4 Langkah Untuk Mendapatkan Wanita Idaman di Facebook

Kali ni aku agak cuak nak share sebab ini mungkin akan mengubah hidup korang. Aku cuma nak beritahu langkah langkah untuk menambat hati gadis idaman korang. Aku bukanlah seorang yang pakar, tapi banyak membaca dan perkongsian pengalaman dari kawan kawan banyak membantu :)





Facebook adalah tempat yang tidak asing bagi korang sume, kat situlah korang luahkan perasaan, kat situlah korang berhubung dengan kawan, dan tak dilupakan mencari kawan kawan baru. Internet sekarang telah mengubah cara kita bersosial dan rasanya tak salah kalau kita gunakan internet untuk mendapatkan kekasih yang korang inginkan selama ni.

Terimalah hakikat, kebanyakkan yang membaca ni menghabiskan masa banyak di internet sahaja, dan kurang atau tiada keyakinan diri terutama nak berhadapan dengan perempuan terutamanya dalam soal cinta. Memang soal hati ini bukanlah perkara yang mudah, tapi kalau kena caranya, apa yang korang idamkan, mungkin jadi kenyataaan.

Kita akan kupas beberapa cara kreatif bagaimana nak memenangi hati wanita, dan beberapa perkara asas yang korang perlu tahu. Kita akan berhati hati dan tidak melebih lebih supaya tak di cop "stalker" nanti.


Memperkenalkan diri

Kalau nak mendekati sesiapa pun, perkara pertama adalah memperkenalkan diri, tapi persoalannya, bagaimanakah caranya? Itu bergantung kepada keadaan, korang dah add dah si dia? Kalau dah boleh ke langkah seterusnya.

Kebanyakan orang di Facebook akan add sesiapa sahaja, lagi lagi kalau ramai mutual friends. Tapi kalau korang dah add tapi tak dia tak approve, mungkin cara korang tak kena ataupun dia memang tak add orang yang dia tak kenal. Dalam kes ni, mungkin dia ada masalah dan korang sepatutnya pasrah sahaja.

Korang dapat add dia? Tahniah! Kalau korang dapat mesej dari dia bertanya "Erm, siapa awak?", jangan panik, dan cuba berterus terang.

Kalau ada mutual friends, cakap yang ko kenal dengan [nama mutual friend] dan nak saja nak berkawan. Kalau takda mutual friends, cakap yang korang tengok info dan korang rasa korang ada minat yang sama.

Ice Breaking!

Okeh, sekarang yang penting adalah korang dah add dia, langkah seterusnya adalah memulakan perbualan. Kalau korang betul betul nak kenal, korang mestilah pernah berbual sekali dua di Facebook sebelum mengorak ke langkah seterusnya.

Apa yang korang boleh cuba ialah gunakan Facebook Chat, dan hantarkan mesej yang tak disengajakan.Hantar perkataan yang rawak seperti "l" atau apa apa huruf pun. Selepas beberapa saat, cakap yang korang tersalah hantar dan minta maaf. Kalau dia balas "takpe" maknanya korang ok!

Pastu jadilah kretif sikit. tanya la, "kita kenal ke?" atau "eh hai, ape khabar?"

Teruskan usaha...

Bila dah lepas sesi "saya kenal awak ke?", mula la berbual tentang hobi, artis yang dia minat, dan lain lain. Takde idea sangat? cuba tengok profile die, bahagian info. Dari situ bolehlah korang tengok apa yang korang nak bualkan.

Korang janganlah rasa bersalah pulak menggunakan info di profile Facebook dia. Sebab biasanya dia dah tengok profile Facebook korang awal awal lagi masa korang baru nak kenal. ;P

Kalau ada perempuan yang baca, hanya peringatan, jangan dedahkan terlalu banyak info di profile Facebook korang. Bahaya tau!

Ulang semula

Kalau perempuan itu memang "sporting" dan akhirnya korang dapat berhubung lama dengan dia, jangan malu untuk ajak dia keluar. "Apekate kite jumpa di luar?"

Tapi kalau dia kata tak nak, jangan terus putus harapan, cuma cakap "okeh, takpe, lain kali ya". Apa yang penting, korang kenalah pastikan korang kenal dia betul betul dulu sebelum ajak keluar.

Apakah semua ini?

Boleh dikatakan semua perempuan di sana mahukan cinta mereka seperti kisah yang dibaca di novel ataupun drama, tapi realitinya tak begitu. Apa yang terbaik, korang jumpa dia, berbual dan merapatkan hubungan secara berdepan, tapi zaman internet sekarang, perkara sebegitu kurang.


Dalam dunia internet sekarang, orang semua menggunakan laman sosial untuk berhubung dan berjumpa dengan orang baru, tapi banyak peraturan dan pantang larang untuk bersosial di alam maya. Ikut naluri dan gunakan Facebook sebagai alat perantaraan. Selamat mencuba!

Lagi satu perkara, aku bukanlah seorang yang pakar dalam hal ni, jadi jangan la komen yang kejam kejam ye. hahaaa



sumber

6 comments:

Nay said...

auchh .. nak dapatkan laki idaman cmne ??

mirul said...

@nay

itu nanti nay buat la. hahaa

pipahmilda said...

wah,,

penaberkala said...

bocor rahsia kita bro
susah la camni,lol

psst, ak nk cuba laa sat lagi,hahaha

mirul said...

@penaberkala

takpe. may the bes man wins :PP

nanti bagi la feedback sini, hahaa

~syue syada~ said...

ooh.. tau la cra laki cmana skang..huhuhu