Buffer: App twitter yang hebat!

Bagi orang yang aktif bertwitter, rasanya nak bertweet doplopatjam (24 jam) di twitter. Tapi ada sesetengah orang, pandai men"schedule"kan tweet supaya coverage tweet pada tahap maksimum. Okeh, sebelum mirul merepek lagi, mirul nak memperkenalkan satu twitter app yang mirul kerap gunakan untuk buat buat mirul ada di twitter 24 jam, padahal itu hanyalah tweet yang telah dijadualkan. 

Bufferapp.com atau singkatannya Buffer adalah satu app untuk memastikan korang dapat sebarkan maklumat atau link korang tanpa perlu spam timeline pada satu masa sekaligus. 

Err, tak paham lagi, mirul bagi contoh, katakanlah korang hanya dapat online di twitter satu jam sahaja, dan korang nak semua baca tweet korang, jadi korang tweetlah benda sama setiap 10 - 20 minit dengan harapan semua akan tekan link yang korang tweet. NO NO NO. Jangan buat begitu. Nanti kalau ada orang unfollow korang, korang gak yang emo kan.

Okeh, harap korang berminat, selepas pendahuluan yang hampeh. haha


Ape yang korang kene tau untuk gunakan buffer ni?

Tweet - teks dan link tidak melebihi 140 askara(huruf dan jarak)

Buffer - tempat menyimpan tweet korang. tweet akan dilepaskan satu per satu mengikut masa yang telah ditetapkan

Masa - masa korang boleh setkan seberapa banyak yang korang nak dalam satu hari. Mirul cadangkan selang 3 jam paling minimum untuk setiap tweet supaya tak dilable spam. tapi terpulang pada korang

Korang daftar je Buffer nih, korang dapat la 10 tweet untuk buffer korang dan masa telah disetkan pada  8:57pm, 11:57am, 5:07pm dan 8:02pm.

Sekarang korang bolehlah letakkan tweet korang dan tekan send to buffer. Tweet akan disimpan dalam buffer dan akan ditweet mengikut masa yang disetkan.

My Buffer
Setkan masa di setting. boleh tambah, dan padam masa yang ada. Selepas edit masa, tekan Update times

Setting

Lepas tu, kalau korang pegi shopping ke, pegi karaoke ke, pegi date ke, tweet tetap berjalan mengikut jadual. 

korang kalau nak tambahkan lagi tweet dalam buffer korang, bolehlah refer kawan kawan korang gunakan link yang diberi

Referral

Okeh, tanpa berlengah masa, korang bolehlah men"schedule"kan tweet korang dengan bijak. Pergi daftar buffer sekarang jugak! haha.

o/ kalau korang tekan kat sini untuk daftar buffer, korang akan dapat tambahan 1 tweet untuk buffer korang. Ape tunggu lagi! haha jejom.

No comments: