8 soalan tentang komputer yang biasa ditanya di facebook group atau forum

Mirul selalu melawat facebook page dan forum forum tentang komputer dan mirul selalu terjumpa soalan sama setiap kali. Bosan lak nak menjawapnya tiap tiap kali. jadi kumpulkan semua kat sini. tapi kebanyakkan orang boleh cari guna google, tapi mungkin tak tahu apa yang perlu dicari sebenarnya, jadi diorg terpaksa la tanya.
1. macam mana nak hack FB
soalan ni antara yang paling biasa mirul jumpa. pelik? semua nak hack Facebook, lagi lagi baru baru ni banyak Facebook fanpage kene hack. sebenarnya hack bukan untuk orang biasa biasa. banyak cara dan banyak benda kene belajar. senang cerita, baik tak payah. baik belajar linux. lagi best! tapi kalau korang nak sangat belajar, mirul cadangkan google perkataan ini dan belajarlah sendiri ; phishing, social engineering, firesheep, dll

2. macam mana nak format laptop?
ape OS yang korang nak pakai, Windows atau Linux. ape ape pun, banyak tutorial bagaimana nak format laptop atau deskop. tapi secara asasnya korang kene ada cd/dvd Windows atau Linux dan boot dari cd/dvd, ikut arahan yang diberi. biasanya kalau memang tak tahu, baiklah hantar saja ke kedai, tapi kalau nak lebih info atau nak belajar bolehlah cari gunakan google.

3. mcm mana nak cari driver
mirul pernah pakai satu software Unknown Device Identifier, software ini akan dapatkan nama driver yang berkaitan supaya senang nak cari gunakan google.

4. laptop saya selalu hang. mcm mana nak buat?
soalan ini sangat umum. tapi yang biasa bertanya soalan ini orang yang pakai laptop atau desktop yang tak cukup spec untuk Windows 7.Tapi kalau cukup, antara sebab lain ialah spyware, adware, malware dan lain lain lah. Kalau tak nak pening, format.

5. laptop lembap. mcm mana nak lajukan
soalan ini pun sangat umum, tapi jawapan paling senang format.

6. berapa harga RAM, monitor, dll
korang nak survey harga RAM atau barang komputer lain? gunakan google, tapi spesifikan di lowyat.net. memang senang. tulis item yang nak dibeli diikuti "site:lowyat.net". contoh, kalau nak cari RAM DDR3 2GB search google RAM DDR3 2GB site:lowyat.net

7. kat mana nak tau semua benda pasal komputer?
ikut sahaja forum atau facebook page tentang komputer. baca blog tentang komputer dan menyumbang kembali dengan buat tutorial apa yang korang tahu. cari dulu guna google baru tanya komuniti, dan jangan sesekali putus asa. haha

8. mana nak download software free, crack, keygen dll.
banyak site yang bagi korang download benda benda macam ni. korang kene la cari kat google. mirul biasa pegi freshwap.net untuk cari warez, tapi sekarang dah tak pakai dah, sebab mirul lebih tumpukan pada linux.

kalau korang ada soalan lain, bolehlah ditujukan di bawah, sekian.

7 comments:

Pisyek K said...

Aku biasa dengan blacksheep je. :P

Entri terkini: Pesawat Live di Euphonious 2011 UTP

reezluv said...

hehee..ini blog orang-orang IT jek..:D

Nay said...

IT .. owh IT :P

-Faridz- said...

wah g33ks~ hhaa

mirul said...

@pisyek

peh hakas dow. hahaa

@reezluv

takdelah sangat. just sharing the knowledge :)

@nay

:P

@-Faridz-

takde la geek sangat. biase biase jer

Unknown said...

Minta pendapat sikit, laptop dell n4030 dgn hp 1000 which one is better?

Unknown said...

Minta pendapat sikit, laptop dell n4030 dgn hp 1000 which one is better?