1. Diberi peluang bercakap
Tak kiralah sama ada ramai atau tidak, bercakap di depan orang ramai memang susah. Sebab itu PM pun pakai teleprompter bila nak bercakap. tapi kalau malu sebab takut digelar #retis dan yang sewaktu dengannya, itu cuma alasan. yang penting, jangan kutuk orang, dan jangan terlampau memuji diri sendiri. kalau orang nak kutuk, biarkan, itu memang sifat semula jadi manusia, nak mengutuk je keje. Yang penting, korang berani melawan sifat takut dalam diri, dan bersemuka dengan orang ramai.
teleprompter |
mirul sekolah bukanlah di sekolah yang hebat. SM Teknik Tuanku Jaafar sahaja. Jadi masalah ni memang selalu berlaku. Lain pulak yang terjadi bila dah belajar di UTP. Semua proaktif belaka. Kalau ada sesi soal jawap, memang beraturlah orang nak bertanya. Jadi masalah ini mirul tujukan pada pelajar sekolah. janganlah lepaskan peluang untuk bertanya, di kelas, ataupun di dalam sesuatu acara. Berikan sekurang kurangnya impression yang korang alert dengan orang yang bercakap.
3. Berjumpa dengan orang baru
okeh, korang berjumpa dengan orang baru. tapi korang malu. Kenapa? Itu soalan pertama kena tanya, sebab biasanya tak da jawapan yang munasabah pun. Kalau korang terdampar dalam longgokan orang baru, takkan korang nak berdiam diri sahaja? oh itu sangat bosan. Korang kalau malu malu, banyak yang rugi. Sebagai blogger, kalau pergi gathering blogger, mestilah korang akan jumpa orang baru. Tips yang paling senang adalah cuba jadi proaktif. Jangan jadi pasif. Banyakkan perbualan dan berkongsi kongsi pengalaman. Kalau korang malu malu(bagai nak menyorok bawah meja). banyak la benda korang rugi.
4. First date
okeh, korang pemalu yer. abistu kalau yang lagi satu pun pemalu, macam mana? Adeh. #nokomen ah. Jangan nanti tak tau malu pergi cium mulut(atau biasanya ditulis comolot) depan KLCC sudah.
sila jangan lakukan ini. |
konklusinya, yang paling penting sekali, kalau yang membaca ni budak sekolah, percayalah, satu masa nanti korang terpaksa meng"upgrade"kan communication skills korang. lebih lebih lagi dalam English. lagi lagi kalau ada hati nak pergi interview. kalau kamu rasa kamu hanya orang biasa, kurang keyakinan diri, jangan jadikan itu alasan, jadikan ianya satu cabaran okeh.
mungkin lepas nih mirul nak share apa yang mirul buat di Barcamp. tapi korang tau ke barcamp tu ape? mungkin kene tulis gak ape itu barcamp. hahaa. tunggu nanti ya ;)
o/ mirul pun pemalu orangnya. wakakaa
6 comments:
mungkin saya juga pemalu :P
ye la tuh. hahaa
Good point :)
PojiePooh; Hanya Satu...
thx pojie. and thanks for dropping by :)
dan jangan malu komen blog yg dilawati..
ini penting.
@Kaoshi
nice point.
Post a Comment