Perlu ke simpan tweet-tweet korang?

idea yang bernas tak datang selalu, kadang kadang di otak terlintas ayat yang menarik, bagi #tahitwitter sememangnya keluarkan smartphone dan tweet tak kira di mana sahaja.

kalau tengok blog post tahun 2010, mirul banyak post twitter dan status facebook. kenapa? sebab mirul saje jer nak simpan untuk rujukan nanti. kalau takde idea nak tweet ke, boleh je tengok balik tweet-tweet tu dan recycle balik. tapi ini memang terpulang masing masing la kan, okeh

mirul ade blog lain untuk simpan tweet dan status. walaupun ada perkhidmatan untuk simpan tweet, tapi mirul lagi prefer simpan dalam bentuk blog, senang nak cari ikut masa dan tempat. so kalau berminat, sini cara-cara bagaimana nak buat.

Ape kena ada?

  • akaun ping.fm
  • blog(blogger/wp/dll yg ping.fm support) - tapi pisahkan dengan blog utama, jadi pembaca tak keliru.
  • twitter dan/atau facebook

Bagaimana?

interface ping.fm (di sebelah kiri account yang telah di connect )
  1. buat account ping.fm
  2. connectkan account yang perlu.
  3. Tweet atau update status gunakan ping.fm (atau gunakan ping.fm/m untuk mobile/fast loading)

account lain yang boleh di connect

No comments: