Mirul rasa nak share sikit ape yang dapat di Barcamp Penang 2011. Walaupun seminggu dah berlalu, tapi rasanya baik dikongsikan disini dari tiada langsung :P. Btw, mirul ade live tweeting semasa barcamp dijalankan, hashtag #barcampp dan #barcamppenang, jadi ape yang di share berdasarkan live tweet tersebut.
Okeh, pasal Feedgeorge. Website ini membolehkan pengguna melihat ape yang berlaku di sekeliling mereka dengan bantuan peta. Contohnya, kalau saya berada di Hotel Seri Malaysia, Melaka dan saya nak tahu ape yang berlaku di sekeliling sekarang, jadi saya pergi ke laman web Feedgeorge dan lihat tick pada news. Apa apa berita yang ada berdekatan akan dipaparkan di peta.
Selain berita, boleh juga lihat tweet dan check-in foursquare orang lain yang berdekatan dengan tempat yang kita berada sekarang. Apakata anda cuba sekarang http://feedgeorge.com/.
Mereka juga baru mengeluarkan plugin wordpress yang membolehkan pengguma wordpress, men"tag" blog post mereka dengan maklumat GEO RSS, atau dengan kata lain, orang boleh tahu dengan tepat, tempat di mana sesuatu itu berlaku dan terus dihantar ke site feedgeorge.com. Anda boleh mendapatkan plugin wordpress di sini http://wordpress.feedgeorge.com/
No comments:
Post a Comment