Jadi antara ciri ciri teman lelaki yang terbaik adalah menjadi pendengar yang setia! Kalau tak nak kene leter dengan aweksss masing masing, sila baca dan bertindak! hahaa
1. Dorongan
Body language perlu seperti orang yang bersedia nak berkomunikasi. Tidak tunduk, pandang ke muka dan tidak menunjukkan tanda resah. Badan ditundukkan sedikit sahaja (kalau banyak dah nampak pelik) ke arah orang yang bercakap, tanda kita nak mendengar apa yang disampaikan. Bunyi sepertu "hmm" atau "uhm" dan perkataan sepertu "O.K." dan "oh" boleh digunakan untuk memberitahu yang korang mendengar dan berminat.
2. Ulang kembali isi dengan perkataan lain (Paraphrasing)
Respon sekali sekala dengan ulang kembali apa yang dikata menggunakan perkataan sendiri. Dapat tunjukkan yang korang mengikuti apa yang sedang dicakapkan
3. Tanya soalan
a. soalan terbukaSoalan terbuka adalah untuk yang pemalu, atau kepada orang yang tak memberi respon. Gunakan untuk mendapat lebih maklumat atau mengenali seseorang secara lebih dekat. Contoh soalan seperti "apa yang awak rasa tentang movie tadi?"
b. soalan tertutupSoalan tertutup adalah soalan yang tak memerlukan jawapan yang panjang, jadi kalau nak meringkaskan perbualan, gunakan soalan tertutup. Contoh soalan seperti "Apa selalu buat kat rumah?"
4. Refleksi perasaan
Selepas patuh mendengar, letakkan sedikit elemen perasaan, bagitahu apa yang korang rasa, tanya apa yang dia rasa, supaya kedua pihak rasa selesa selepas perbualan.
5. Ringkasan
Ulang semua yang dicakapkan secara ringkas, supaya dia pasti apa yang dicakapkan telah dapat disampaikan kepada korang.
Konklusinya,
korang tak payah la buat semua langkah langkah yang ditunjukkan, ini semua yang tertulis dalam buku untuk melatih interviewer supaya dapat jalankan sesi temubual yang baik. Tetapi dorongan, bertanya soalan, dan refleksi perasaan mirul rasa boleh diaplikasikan dalam perhubungan. Semoga dapat aplikasikan dengan sukses. Kalau ada apa apa yang tak paham, bolehlah komen dibawah ya
sumber(live tweet semasa di barcamp) 1 2
sumber lain