Lepak dgn unknown uncle

So harini jumpa boss, die nak tengok kerja. Pastu die tinggalkan dengan sorang member die. Tua sikit. Well, sebelum awkward bermula, aku dengan beraninya saje jer memulakan perbualan.

Die pakai baju kerja, lusuh sikit, ade lambang york kat poket baju. Aku pun cakap la, "wah boss, bisnes ape?"

Uncle: buat eletrical, wiring
Aku: owh, pakcik pun ade jugak buat
Uncle: kalau air cond nak pasang pun boleh panggil. Kita boleh buat
Aku: owh (ok topic mula jadi lame)
Aku: err, uncle, just nak tanya satu soalan, mana lagi bagus, kerja sendiri atau kerja bawah org.
Uncle: untuk siapa?
Aku: katakanlah, untuk saya, kalau baru lepas grad.
Uncle: lu kerja la dengan org dulu. Kerja dgn org, nanti boleh belajar.
Aku: so nanti boleh bukak kedai sendiri. Mcm tu?
Uncle: ya la. Kalau awak bukak kedai, takde itu experience, mcm mana? Nanti kalau ade pekerja, awak tatau nak arahkan suruh buat apa.
Aku: betul,betul

Memang org bangsa cina suka bisnes dan seperti kat dialog tadi, itu step yg penting. Biase antara sanak saudara aku pun, aku tengok, bisnes diorg main terjah sahaja. Takde role model nak ditiru. Tq random uncle kawan boss aku. Haha. U might changed my future, who knows rite? Haha.

No comments: