Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Joomla Day 2011 #jd11my #jdmy

Sekarang berada di Joomla! Day Malaysia 2011, level 29, Tower 2, PETRONAS Twin Tower, KLCC.
Live update tekan sini.

4 Langkah Untuk Mendapatkan Wanita Idaman di Facebook

Kali ni aku agak cuak nak share sebab ini mungkin akan mengubah hidup korang. Aku cuma nak beritahu langkah langkah untuk menambat hati gadis idaman korang. Aku bukanlah seorang yang pakar, tapi banyak membaca dan perkongsian pengalaman dari kawan kawan banyak membantu :)

Twitter: Follow dan Unfollow [Dilemma]

follow
macam mana nak cari ramai follower ni, follow ramai ramai la. mesti ramai yang follow balik

unfollow
hurm, kenapa tak follow balik? ish berlagak

follow
saya memang minat artis XXX, saya mesti follow

unfollow
tak pernah pun balas mention saya. orang lain boleh lak

follow
die ni comel la. tergoda saya

unfollow
ape die tweet ni? mengarut betul!!

follow
saya sebagai orang yang baik mestilah follow balik semua follower saya

unfollow
follower sikit, tak aktif lettew

follow
kelakarnya tweet die. *senyum*

unfollow
aku terasa tau ape ko tweet

follow
kite kan sama sama belajar di YYY

unfollow
ingatkan lepas berborak di twitter ko follow aku, rupenye tak.

follow
orang lain follow, takkan aku tak nak follow

unfollow
ala, ramai je retweet die punye tweet, tak follow pun takpe

follow...unfollow...follow...unfollow...

8 soalan tentang komputer yang biasa ditanya di facebook group atau forum

Mirul selalu melawat facebook page dan forum forum tentang komputer dan mirul selalu terjumpa soalan sama setiap kali. Bosan lak nak menjawapnya tiap tiap kali. jadi kumpulkan semua kat sini. tapi kebanyakkan orang boleh cari guna google, tapi mungkin tak tahu apa yang perlu dicari sebenarnya, jadi diorg terpaksa la tanya.
1. macam mana nak hack FB
soalan ni antara yang paling biasa mirul jumpa. pelik? semua nak hack Facebook, lagi lagi baru baru ni banyak Facebook fanpage kene hack. sebenarnya hack bukan untuk orang biasa biasa. banyak cara dan banyak benda kene belajar. senang cerita, baik tak payah. baik belajar linux. lagi best! tapi kalau korang nak sangat belajar, mirul cadangkan google perkataan ini dan belajarlah sendiri ; phishing, social engineering, firesheep, dll

2. macam mana nak format laptop?
ape OS yang korang nak pakai, Windows atau Linux. ape ape pun, banyak tutorial bagaimana nak format laptop atau deskop. tapi secara asasnya korang kene ada cd/dvd Windows atau Linux dan boot dari cd/dvd, ikut arahan yang diberi. biasanya kalau memang tak tahu, baiklah hantar saja ke kedai, tapi kalau nak lebih info atau nak belajar bolehlah cari gunakan google.

3. mcm mana nak cari driver
mirul pernah pakai satu software Unknown Device Identifier, software ini akan dapatkan nama driver yang berkaitan supaya senang nak cari gunakan google.

4. laptop saya selalu hang. mcm mana nak buat?
soalan ini sangat umum. tapi yang biasa bertanya soalan ini orang yang pakai laptop atau desktop yang tak cukup spec untuk Windows 7.Tapi kalau cukup, antara sebab lain ialah spyware, adware, malware dan lain lain lah. Kalau tak nak pening, format.

5. laptop lembap. mcm mana nak lajukan
soalan ini pun sangat umum, tapi jawapan paling senang format.

6. berapa harga RAM, monitor, dll
korang nak survey harga RAM atau barang komputer lain? gunakan google, tapi spesifikan di lowyat.net. memang senang. tulis item yang nak dibeli diikuti "site:lowyat.net". contoh, kalau nak cari RAM DDR3 2GB search google RAM DDR3 2GB site:lowyat.net

7. kat mana nak tau semua benda pasal komputer?
ikut sahaja forum atau facebook page tentang komputer. baca blog tentang komputer dan menyumbang kembali dengan buat tutorial apa yang korang tahu. cari dulu guna google baru tanya komuniti, dan jangan sesekali putus asa. haha

8. mana nak download software free, crack, keygen dll.
banyak site yang bagi korang download benda benda macam ni. korang kene la cari kat google. mirul biasa pegi freshwap.net untuk cari warez, tapi sekarang dah tak pakai dah, sebab mirul lebih tumpukan pada linux.

kalau korang ada soalan lain, bolehlah ditujukan di bawah, sekian.

Top 30: Rakyat Malaysia yang tak rugi difollow di Twitter

Kalau korang masih baru di Twitter, dan tak tahu siapa nak follow...jom follow orang orang di bawah! Kepada yang dah lama, tapi masih tak follow, boleh juga mencuba, apa salahnya kan :) List ni adalah list orang yang mirul rasakan tidak kekok menerima kawan baru dan biasanya membalas mention korang (tapi jangan berharap sangat lah okeh, sebab masing masing ada juga kerja lain, ada urusan lain). Ramai je lagi yang berbaloi untuk difollow di Twitter, korang cuma perlu explore sahaja.




harap yang baru daftar twitter, dan tak tahu sapa nak follow, bolehlah follow mereka ni. Dalam list ni, bukan semua orang yang "influential" ataupun "artis" tapi mereka orang yang selalunya bagi respon pada mention dan merancakkan lagi twitter. Respon amatlah penting lebih lebih lagi orang yang baru nak bermula menggunakan Twitter, kalau mention hari hari dan tak dibalas, amatlah tak bes. Bukan nak cakap kene balas semua mention di Twitter, tapi sekurang kurangnya ada usaha yang ditunjukkan kepada followers.

kalau korang ada suggestion sapa yang patut di follow di twitter, silalah komen.

o/ korang cari la #tahitwitter dan follow, gerenti meriahlah timeline korang :P
o/ dah follow @amirulabu?
o/ nombor itu tak melambangkan ape ape ye. semuanya #random

Gathering Blogger Perak [edisi 4 Jun 2011]

Mirul baru nak join komuniti blogger, dan komuniti pertama mirul join adalah Blogger Perak. Jadi hari ni adalah gath pertama mirul bersama Blogger Perak di Teluk Batik. Walaupun tak semua, tapi ramai orang mirul dapat jumpa.

credit to reezluv.com


Entri ni tak kan menceritakan kronologi apa yang berlaku, sebab aku tak ambil gambar. just simpanan link member yang pergi tadi :)

(kalau ada yang tertinggal, cakap ya)


http://penyuagar.blogspot.com/
http://dunia.pisyek.com/ twitter.com/burungpisyek
http://syakirrahman.blogspot.com/
http://biru-malam.blogspot.com/
http://daridirinisa.blogspot.com/
http://tebakoo.blogspot.com/ twitter.com/seliparkoyak00

kisah kisah dan gambar tentang gath dari blog lain.

http://www.admiralhafiz.com/2011/06/blogger-perak-outdoor-activities.html
http://mohamadfaiz.com/2011/06/05/gathering-blogger-perak-teluk-batik/
http://adiredadib.blogspot.com/2011/06/teluk-batik-gathering-blogger-perak.html
http://dunia.pisyek.com/2011/06/blogger-perak-di-teluk-batik.html
http://syukchen.blogspot.com/2011/06/kami-berblogging-dan-kami-wat-gathering.html
http://fieza9.blogspot.com/2011/06/kekorang-bikin-wa-seksaited-sangat.html
http://kasihnuraziemah.blogspot.com/2011/06/blogger-perak.html
http://munalifestory.blogspot.com/2011/06/outdoor-gathering-blogger-perak-gempak.html
http://daridirinisa.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-di-teluk-batik.html
http://fieza9.blogspot.com/2011/06/penyu-terdampar-kat-teluk-batik.html
http://reezluv.com/2011/06/gathering-blogger-perak-di-teluk-batik-pula/
http://tsubasa826.blogspot.com/2011/06/konsert-diraja-di-utp-dan-gathering.html
http://daridirinisa.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-versi-refleksi.html
http://fahmimahat.blogspot.com/2011/06/gathering-bp.html
http://daridirinisa.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-versi-komplot.html
http://tebakoo.blogspot.com/2011/06/gathering-blogger-perak-teluk-batik.html

Buffer: App twitter yang hebat!

Bagi orang yang aktif bertwitter, rasanya nak bertweet doplopatjam (24 jam) di twitter. Tapi ada sesetengah orang, pandai men"schedule"kan tweet supaya coverage tweet pada tahap maksimum. Okeh, sebelum mirul merepek lagi, mirul nak memperkenalkan satu twitter app yang mirul kerap gunakan untuk buat buat mirul ada di twitter 24 jam, padahal itu hanyalah tweet yang telah dijadualkan. 

Bufferapp.com atau singkatannya Buffer adalah satu app untuk memastikan korang dapat sebarkan maklumat atau link korang tanpa perlu spam timeline pada satu masa sekaligus. 

Err, tak paham lagi, mirul bagi contoh, katakanlah korang hanya dapat online di twitter satu jam sahaja, dan korang nak semua baca tweet korang, jadi korang tweetlah benda sama setiap 10 - 20 minit dengan harapan semua akan tekan link yang korang tweet. NO NO NO. Jangan buat begitu. Nanti kalau ada orang unfollow korang, korang gak yang emo kan.

Okeh, harap korang berminat, selepas pendahuluan yang hampeh. haha


Ape yang korang kene tau untuk gunakan buffer ni?

Tweet - teks dan link tidak melebihi 140 askara(huruf dan jarak)

Buffer - tempat menyimpan tweet korang. tweet akan dilepaskan satu per satu mengikut masa yang telah ditetapkan

Masa - masa korang boleh setkan seberapa banyak yang korang nak dalam satu hari. Mirul cadangkan selang 3 jam paling minimum untuk setiap tweet supaya tak dilable spam. tapi terpulang pada korang

Korang daftar je Buffer nih, korang dapat la 10 tweet untuk buffer korang dan masa telah disetkan pada  8:57pm, 11:57am, 5:07pm dan 8:02pm.

Sekarang korang bolehlah letakkan tweet korang dan tekan send to buffer. Tweet akan disimpan dalam buffer dan akan ditweet mengikut masa yang disetkan.

My Buffer
Setkan masa di setting. boleh tambah, dan padam masa yang ada. Selepas edit masa, tekan Update times

Setting

Lepas tu, kalau korang pegi shopping ke, pegi karaoke ke, pegi date ke, tweet tetap berjalan mengikut jadual. 

korang kalau nak tambahkan lagi tweet dalam buffer korang, bolehlah refer kawan kawan korang gunakan link yang diberi

Referral

Okeh, tanpa berlengah masa, korang bolehlah men"schedule"kan tweet korang dengan bijak. Pergi daftar buffer sekarang jugak! haha.

o/ kalau korang tekan kat sini untuk daftar buffer, korang akan dapat tambahan 1 tweet untuk buffer korang. Ape tunggu lagi! haha jejom.

Himpunan Tips untuk Blogger Baru

Trafik tinggi, buffered earning, banyak komen, ramai follower, dan lain lain adalah idaman blogger, #ehyeke. haha. kalau korang nak semua tu, jadi korang kene lah dengar cakap blogger yang dah lama berkecimpung dalam industri ini (ofkos la bukan aku T.T).

Dalam dunia blogger, copy paste amatlah tidak disukai tahu, jadi mirul akan buat ringkasan senarai apa yang korang patut buat, dan tak patut buat okeh. kalau nak tahu sebabnya, jangan tanya mirul, terjah saja ke link yang diberi. 


Cara menjadi blogger smart

1. pasang related post (mirul belum buat lagi)
2. Taip katakunci pada ‘search box’
3. Baca komen pengunjung lain.


1. Pendahuluan best
2. Hindarkan tulisan besar kecik besar kecik. 
3. Jangan letak lagu huru hara
4. Boldkan perkataan atau ayat yang menarik
5. Gunakan bullet list (atau unordered list)
6. Tajuk yang menarik


1. Pandai pilih background blog
2. Header blog yang menarik
3. Gadget tak banyak sangat
4. Lagu ~
5. Tulisan blog
6. Tulisan bergerak


1. Disable word verification
2. Gunakan popup comment
3. Jangan menggunakan Adult Content
4. Jangan hidden comment (kecuali memang perlu)
5. Setting URL pada widget follower


1. Button follower di atas
2. Shoutbox
3. Warna tulisan yang normal
4. Lagu
5. Popup yang annoying


(tutorial lengkap diberi, sila terjah!)


1. Blog jangan berat
2. Penulisan jangan shortcut
3. Jangan letak lagu
4. tulis entry macam korang bercerita
5. Buat baik dengan bloggers
6. URL blog simple
7. Survey blog "orang lama" (dalam link disebut blogger otai, tapi aku tak suka perkataan itu :P )


huh, korang dah abis bace ke? haha. ape lagi, jom kita baiki blog kita dengan tips yang diberi. moga moga lepas ini takdelah salah paham, dan korang bolehlah upgrade sikit dari digelar blogger newbie yang tak tahu apa apa, kepada blogger newbie yang tahu sedikit selok belok blogging. banyak lagi tips yang ada, tapi mirul rasa ini dah cukup. 

o/ papehal kalau ada komen pasal blogmirul nih, sila lah komen. okeh. kalau mirul emo, cubitlah pipi mirul, wakakakaa. 

o/ pisyek ada cakap blogmirul nih ada benda yang tak kene. apekah itu ye? huehuehue

Cara-cara menjadi teman lelaki yang terbaik [Barcamp penang 2011]

Kemahiran mendengar adalah salah satu talk yang mirul hadiri di Barcamp Penang 2011. Rasanya amatlah rugi kalau mirul tak sharekan pada korang semua. Mirul tertarik sangat dengan kemahiran mendengar yang patut ada pada setiap teman lelaki.  Sebab apa? Perempuan sangat suka kalau ada orang mendengar dan ambil perhatian tentang apa yang dicakapkan. (Pembaca perempuan sila setuju ya :P).


Jadi antara ciri ciri teman lelaki yang terbaik adalah menjadi pendengar yang setia! Kalau tak nak kene leter dengan aweksss masing masing, sila baca dan bertindak! hahaa

1. Dorongan 
Body language perlu seperti orang yang bersedia nak berkomunikasi. Tidak tunduk, pandang ke muka dan tidak menunjukkan tanda resah. Badan ditundukkan sedikit sahaja (kalau banyak dah nampak pelik) ke arah orang yang bercakap, tanda kita nak mendengar apa yang disampaikan. Bunyi sepertu "hmm" atau "uhm" dan perkataan sepertu "O.K." dan "oh" boleh digunakan untuk memberitahu yang korang mendengar dan berminat.

2. Ulang kembali isi dengan perkataan lain (Paraphrasing) 
Respon sekali sekala dengan ulang kembali apa yang dikata menggunakan perkataan sendiri. Dapat tunjukkan yang korang mengikuti apa yang sedang dicakapkan

3. Tanya soalan 
a. soalan terbuka
Soalan terbuka adalah untuk yang pemalu, atau kepada orang yang tak memberi respon. Gunakan untuk mendapat lebih maklumat atau mengenali seseorang secara lebih dekat. Contoh soalan seperti "apa yang awak rasa tentang movie tadi?" 
b. soalan tertutup
Soalan tertutup adalah soalan yang tak memerlukan jawapan yang panjang, jadi kalau nak meringkaskan perbualan, gunakan soalan tertutup. Contoh soalan seperti "Apa selalu buat kat rumah?"

4. Refleksi perasaan 
Selepas patuh mendengar, letakkan sedikit elemen perasaan, bagitahu apa yang korang rasa, tanya apa yang dia rasa, supaya kedua pihak rasa selesa selepas perbualan. 

5. Ringkasan 
Ulang semua yang dicakapkan secara ringkas, supaya dia pasti apa yang dicakapkan telah dapat disampaikan kepada korang.


Konklusinya,
korang tak payah la buat semua langkah langkah yang ditunjukkan, ini semua yang tertulis dalam buku untuk melatih interviewer supaya dapat jalankan sesi temubual yang baik. Tetapi dorongan, bertanya soalan, dan refleksi perasaan mirul rasa boleh diaplikasikan dalam perhubungan. Semoga dapat aplikasikan dengan sukses. Kalau ada apa apa yang tak paham, bolehlah komen dibawah ya


sumber(live tweet semasa di barcamp) 1 2
sumber lain

Mesti cuba! Twitter app yang lawak.

Ade twitter akaun? apakata try twitter app dibawah. Tekan gambar untuk akses app.


korang tweet selalu tak? kalau tweet tweet tu semua dicetak, apekah hasilnya. App yang menarik dari Cartridsave.


 Hot sangat ke kat twitter. kalau hot sangat, buktikan! haha. pastu share di twitter. haha. mirul cool tau. Jom cuba twitemperature.



App bergaduh lak. Tapi app nih tak adil kot. banyak kali try, kalah dengan @Nay0wn je. ini tak adil!!! Nak gaduh kat tweetfight la


Kalau kat twitter, ramai gak la asek merungut, #kalautwittertakde tentu dapat skor final exam 4 flat. haha. betul ke. Try check, berapa banyak masa korang dah terbuang. Try tgk @neyrashazeyra punye. haha. Try tweetwasters



App nih pulak tenang sikit. Kita boleh tengok pelbagai ragam orang di dunia ni. Bagaikan tetingkap di alam maya. App ni akan search perkataaan seperti I think, I love, I believe. Best!. Cuba app twistori.


o/ eh korang dah follow twitter mirul? @amirulabu

sumber

Pimp up Gnome3 make it more Gnome2-ish


So you are using Gnome3, and you missed how Gnome2 looks, well there is good news for you. There is an extension for Gnome3 that make your desktop look like this. The extension is GNOME Shell frippery.


click to see more clearly :)

Changes after using the extension;
1. Clock is moved to the left
2. Shortcuts on the right
3. Drop down menu
4. Shutdown option(when you click will bring you to all power options)
5. Dynamic workspace disabled.

click here for extension download and instruction.
to enable desktop icons click here

Cara mudah untuk padankan kombinasi warna

Untuk orang yang biasa mengedit theme blog atau laman web, salah satu masalah adalah ragu ragu dengan kombinasi warna. Kadang kadang idea tiada dan susah nak bayangkan warna apa, padan dengan warna apa. Tapi tak terhad kepada theme sahaja, kalau nak buat header ke, background ke, atau wallpaper komputer pun boleh. Lawati colourlovers.com. Di situ ada himpunan pelet, warna, dan corak yang disumbang oleh kominiti colourlovers. Tengoklah screenshot dibawah.

muka depan

antara "most loved" pelet


 Ada jugak laman web lain yang serupa konsepnya dengan colourlovers, yang dibuat oleh syarikat software Adobe, Kuler. Tapi kali terakhir mirul lihat laman web Kuler, tak boleh diakses.

o/ kreatif selalunya bukan datang sendiri, tapi datang dari pembaikan idea orang lain #ehyeke. haha

Using Google Chrome with proxy in Fedora 15

If you are searching how to install google chrome in fedora 15 click here.

Gnome3's proxy setting is quite messed up right now and so far that i am concern there are some fixes using gconf-editor package to get proxy to work for certain app such as pidgin.

But for google chrome, it just don't happen. Well, i really need google chrome as it is nice to have a fast secondary browser instead of firefox. The idea is to create a launcher and use google chrome with proxy options that is build-in. so here is how to do it.

1. Right-click on the desktop. (well if you cannot, read this first)
2. Click Create launcher
3. Copy this command to the command box
google-chrome --proxy-server="http:/proxy:port-num"
4. Enter name and comment as you like
5. Click ok

Perlu ke simpan tweet-tweet korang?

idea yang bernas tak datang selalu, kadang kadang di otak terlintas ayat yang menarik, bagi #tahitwitter sememangnya keluarkan smartphone dan tweet tak kira di mana sahaja.

kalau tengok blog post tahun 2010, mirul banyak post twitter dan status facebook. kenapa? sebab mirul saje jer nak simpan untuk rujukan nanti. kalau takde idea nak tweet ke, boleh je tengok balik tweet-tweet tu dan recycle balik. tapi ini memang terpulang masing masing la kan, okeh

mirul ade blog lain untuk simpan tweet dan status. walaupun ada perkhidmatan untuk simpan tweet, tapi mirul lagi prefer simpan dalam bentuk blog, senang nak cari ikut masa dan tempat. so kalau berminat, sini cara-cara bagaimana nak buat.

Ape kena ada?

  • akaun ping.fm
  • blog(blogger/wp/dll yg ping.fm support) - tapi pisahkan dengan blog utama, jadi pembaca tak keliru.
  • twitter dan/atau facebook

Bagaimana?

interface ping.fm (di sebelah kiri account yang telah di connect )
  1. buat account ping.fm
  2. connectkan account yang perlu.
  3. Tweet atau update status gunakan ping.fm (atau gunakan ping.fm/m untuk mobile/fast loading)

account lain yang boleh di connect

Ape jadi kalau tersalah taip "blogspot" kat browser [Quick update!]

Okeh, ini memang quick update, tadi kawan ade share link blognya, tapi tersalah taip "blogspot.com" jadi "blogpot.com". Ape yang keluar? korang tekan link tu.

Dah? Bagi aku, pihak yang buat site itu bijak. Okeh, ape pendapat korang?.

Emoticon mengeluh dan bunyi bunyian di internet [erk?]

Dulu masa baru baru online emoticon paling biasa adalah smiley :) tapi makin lama, jumpa banyak yang asek mengeluh jer. haha. ini kire random post la untuk bagitau ape yg mirul interpret emotion itu.

-.- 
"huhh" atau mengeluh, tapi nak kata orang tutup mata pun boleh. haha. Kalau macam tu orang mengeluh sambil tutup mata. Biasa mirul jumpe ni sebab orang malas nak layan ker atau nak tunjukkan yang tidak gembira, tidak sedih, tidak sakit hati, hanya terasa sedikit penat. Kalau secara realitinya, ibarat kita lepaskan nafas yang panjang  tanpa berkata apa apa setelah dapat saman.

-.-"
sama macam yang mula mula tu, tapi ini lebih mengeluh lagi. Rasanya ditiru dari manga atau komik yang menunjukkan peluh di dahi orang yang mengeluh. Tapi kalau betul betul, ade ke peluh keluar masa mengeluh. Atau ada kaitan dengan perkataan "mengeluh = peluh"? tak tahu la.

-..-
ini pun mengeluh lagi, tapi divariasikan dengan dua lubang hidung, jadi ni memang ikut rupa manusia sebenar lah nih, entah la, macam beruk je. haha. @lizarazak punye feveret nih.

=.=
aku saspek, ini ade kaitan dengan baggy eyes. haha. masuk akal la kan.  


Kalau bab bunyi bunyian pulak

pfffttt 
sampai hari ni mirul still tak tau mcm mana nak bahasakan atau sebut atau gayakan bunyi ni. tapi macam orang yang bengang je. nak kata ludah orang, tak mungkin kot, sebab, tengok awek awek sekalian rilek je pfftttkan mirul. ahahaha, mana mungkin awek yang sopan main ludah ludah.

grrrrrr
Okeh, kalau ikut Nabil(Raja/Maharaja Lawak) ini maksudnye marah. Mirul setuju, tapi kalau nampak grrr nih boleh bayangkan muka yang berkerut, mata sepet sket, gigi dirapatkan dengan suara. haha. Tapi tak digalakkan buat muka macam ni, awet tua. haha.

zzzzz
ini adalah penipuan. konon konon nak tido. tapi tak tido pon. ok itu bohong. zzzzz ni same maksud dengan "whateverr". apekaitan zzzz dan whatever tak tau lah, tapi itulah yg di interpretkan mirul. haha.  

Mirul hanya bagi pandangan mirul je. Ade tak emoticon atau bunyi bunyian lain yang korang nak share? Kalau ade, taipkan di ruangan komen dan berilah maksudnye ye. nanti mirul update dan letak kredit.:D

Setting up proxy for YUM for Fedora 15, 14, 13, 12

If your current network is using proxy, than to enable yum through proxy, you must setup the yum.conf file. The proxy setting from the network proxy is not enough to use yum with proxy. This problem i had face since F12(my first fedora, haha).

  1. Open terminal
  2. Type su
  3. Enter your root password
  4. Type nautilus or sudo nautilus
  5. Open File System folder
  6. Open etc folder
  7. search for yum.conf
  8. open in text editor
  9. add you proxy url and port number (eg. http://myproxy:8080)
 there is another simple way that is type
sudo gedit '/etc/yum.conf'
and enter your proxy url.


ref and @wadefak

Twitter: Apa yang akan keluar di timeline orang lain? Apa yang tidak?

Masa mula-mula tweet dulu, Twitter nih rasa lebih selesa dari Facebook, sebab apa? kalau kita sembang dengan kawan, tweet tu takkan keluar di timeline orang lain. Tapi dalam masa yang sama, di timeline ade je nampak orang yang berbalas-balas tweet, jadi apakah yang berlaku ini. Terbaca pula tweet ini. Mirul pulak rasa mirul nak buat rajah mirul sendiri, senang untuk rujukan semua. Jadi untuk tahu ape yang keluar di timeline dan ape yang tidak, lihatlah rajah dibawah.


Rajah ini tak termasuk DM, sebab DM senang saja, hanya kamu dan si A jer yang nampak. Tapi kalau si A, printscreen dan upload ke twitpic atau facebook, dah tak private lah. haha
Kalau nak tau ape beza reply dan RT dan bila nak gunakannya, pergi je sini 

Konklusinya: kalau korang privatekan tweet korang dan mention orang yang tak follow korang, orang yang korang mention tak dapat pun tweet korang. Contoh, korang privatekan tweet korang dan reply tweet @NajibRazak, hahaa, kemungkinan untuk @NajibRazak untuk membalasnya adalah kosong.

sumber 1 2