Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Twitter: Follow dan Unfollow [Dilemma]

follow
macam mana nak cari ramai follower ni, follow ramai ramai la. mesti ramai yang follow balik

unfollow
hurm, kenapa tak follow balik? ish berlagak

follow
saya memang minat artis XXX, saya mesti follow

unfollow
tak pernah pun balas mention saya. orang lain boleh lak

follow
die ni comel la. tergoda saya

unfollow
ape die tweet ni? mengarut betul!!

follow
saya sebagai orang yang baik mestilah follow balik semua follower saya

unfollow
follower sikit, tak aktif lettew

follow
kelakarnya tweet die. *senyum*

unfollow
aku terasa tau ape ko tweet

follow
kite kan sama sama belajar di YYY

unfollow
ingatkan lepas berborak di twitter ko follow aku, rupenye tak.

follow
orang lain follow, takkan aku tak nak follow

unfollow
ala, ramai je retweet die punye tweet, tak follow pun takpe

follow...unfollow...follow...unfollow...

Top 30: Rakyat Malaysia yang tak rugi difollow di Twitter

Kalau korang masih baru di Twitter, dan tak tahu siapa nak follow...jom follow orang orang di bawah! Kepada yang dah lama, tapi masih tak follow, boleh juga mencuba, apa salahnya kan :) List ni adalah list orang yang mirul rasakan tidak kekok menerima kawan baru dan biasanya membalas mention korang (tapi jangan berharap sangat lah okeh, sebab masing masing ada juga kerja lain, ada urusan lain). Ramai je lagi yang berbaloi untuk difollow di Twitter, korang cuma perlu explore sahaja.




harap yang baru daftar twitter, dan tak tahu sapa nak follow, bolehlah follow mereka ni. Dalam list ni, bukan semua orang yang "influential" ataupun "artis" tapi mereka orang yang selalunya bagi respon pada mention dan merancakkan lagi twitter. Respon amatlah penting lebih lebih lagi orang yang baru nak bermula menggunakan Twitter, kalau mention hari hari dan tak dibalas, amatlah tak bes. Bukan nak cakap kene balas semua mention di Twitter, tapi sekurang kurangnya ada usaha yang ditunjukkan kepada followers.

kalau korang ada suggestion sapa yang patut di follow di twitter, silalah komen.

o/ korang cari la #tahitwitter dan follow, gerenti meriahlah timeline korang :P
o/ dah follow @amirulabu?
o/ nombor itu tak melambangkan ape ape ye. semuanya #random

Buffer: App twitter yang hebat!

Bagi orang yang aktif bertwitter, rasanya nak bertweet doplopatjam (24 jam) di twitter. Tapi ada sesetengah orang, pandai men"schedule"kan tweet supaya coverage tweet pada tahap maksimum. Okeh, sebelum mirul merepek lagi, mirul nak memperkenalkan satu twitter app yang mirul kerap gunakan untuk buat buat mirul ada di twitter 24 jam, padahal itu hanyalah tweet yang telah dijadualkan. 

Bufferapp.com atau singkatannya Buffer adalah satu app untuk memastikan korang dapat sebarkan maklumat atau link korang tanpa perlu spam timeline pada satu masa sekaligus. 

Err, tak paham lagi, mirul bagi contoh, katakanlah korang hanya dapat online di twitter satu jam sahaja, dan korang nak semua baca tweet korang, jadi korang tweetlah benda sama setiap 10 - 20 minit dengan harapan semua akan tekan link yang korang tweet. NO NO NO. Jangan buat begitu. Nanti kalau ada orang unfollow korang, korang gak yang emo kan.

Okeh, harap korang berminat, selepas pendahuluan yang hampeh. haha


Ape yang korang kene tau untuk gunakan buffer ni?

Tweet - teks dan link tidak melebihi 140 askara(huruf dan jarak)

Buffer - tempat menyimpan tweet korang. tweet akan dilepaskan satu per satu mengikut masa yang telah ditetapkan

Masa - masa korang boleh setkan seberapa banyak yang korang nak dalam satu hari. Mirul cadangkan selang 3 jam paling minimum untuk setiap tweet supaya tak dilable spam. tapi terpulang pada korang

Korang daftar je Buffer nih, korang dapat la 10 tweet untuk buffer korang dan masa telah disetkan pada  8:57pm, 11:57am, 5:07pm dan 8:02pm.

Sekarang korang bolehlah letakkan tweet korang dan tekan send to buffer. Tweet akan disimpan dalam buffer dan akan ditweet mengikut masa yang disetkan.

My Buffer
Setkan masa di setting. boleh tambah, dan padam masa yang ada. Selepas edit masa, tekan Update times

Setting

Lepas tu, kalau korang pegi shopping ke, pegi karaoke ke, pegi date ke, tweet tetap berjalan mengikut jadual. 

korang kalau nak tambahkan lagi tweet dalam buffer korang, bolehlah refer kawan kawan korang gunakan link yang diberi

Referral

Okeh, tanpa berlengah masa, korang bolehlah men"schedule"kan tweet korang dengan bijak. Pergi daftar buffer sekarang jugak! haha.

o/ kalau korang tekan kat sini untuk daftar buffer, korang akan dapat tambahan 1 tweet untuk buffer korang. Ape tunggu lagi! haha jejom.

Mesti cuba! Twitter app yang lawak.

Ade twitter akaun? apakata try twitter app dibawah. Tekan gambar untuk akses app.


korang tweet selalu tak? kalau tweet tweet tu semua dicetak, apekah hasilnya. App yang menarik dari Cartridsave.


 Hot sangat ke kat twitter. kalau hot sangat, buktikan! haha. pastu share di twitter. haha. mirul cool tau. Jom cuba twitemperature.



App bergaduh lak. Tapi app nih tak adil kot. banyak kali try, kalah dengan @Nay0wn je. ini tak adil!!! Nak gaduh kat tweetfight la


Kalau kat twitter, ramai gak la asek merungut, #kalautwittertakde tentu dapat skor final exam 4 flat. haha. betul ke. Try check, berapa banyak masa korang dah terbuang. Try tgk @neyrashazeyra punye. haha. Try tweetwasters



App nih pulak tenang sikit. Kita boleh tengok pelbagai ragam orang di dunia ni. Bagaikan tetingkap di alam maya. App ni akan search perkataaan seperti I think, I love, I believe. Best!. Cuba app twistori.


o/ eh korang dah follow twitter mirul? @amirulabu

sumber

Perlu ke simpan tweet-tweet korang?

idea yang bernas tak datang selalu, kadang kadang di otak terlintas ayat yang menarik, bagi #tahitwitter sememangnya keluarkan smartphone dan tweet tak kira di mana sahaja.

kalau tengok blog post tahun 2010, mirul banyak post twitter dan status facebook. kenapa? sebab mirul saje jer nak simpan untuk rujukan nanti. kalau takde idea nak tweet ke, boleh je tengok balik tweet-tweet tu dan recycle balik. tapi ini memang terpulang masing masing la kan, okeh

mirul ade blog lain untuk simpan tweet dan status. walaupun ada perkhidmatan untuk simpan tweet, tapi mirul lagi prefer simpan dalam bentuk blog, senang nak cari ikut masa dan tempat. so kalau berminat, sini cara-cara bagaimana nak buat.

Ape kena ada?

  • akaun ping.fm
  • blog(blogger/wp/dll yg ping.fm support) - tapi pisahkan dengan blog utama, jadi pembaca tak keliru.
  • twitter dan/atau facebook

Bagaimana?

interface ping.fm (di sebelah kiri account yang telah di connect )
  1. buat account ping.fm
  2. connectkan account yang perlu.
  3. Tweet atau update status gunakan ping.fm (atau gunakan ping.fm/m untuk mobile/fast loading)

account lain yang boleh di connect

Twitter: Apa yang akan keluar di timeline orang lain? Apa yang tidak?

Masa mula-mula tweet dulu, Twitter nih rasa lebih selesa dari Facebook, sebab apa? kalau kita sembang dengan kawan, tweet tu takkan keluar di timeline orang lain. Tapi dalam masa yang sama, di timeline ade je nampak orang yang berbalas-balas tweet, jadi apakah yang berlaku ini. Terbaca pula tweet ini. Mirul pulak rasa mirul nak buat rajah mirul sendiri, senang untuk rujukan semua. Jadi untuk tahu ape yang keluar di timeline dan ape yang tidak, lihatlah rajah dibawah.


Rajah ini tak termasuk DM, sebab DM senang saja, hanya kamu dan si A jer yang nampak. Tapi kalau si A, printscreen dan upload ke twitpic atau facebook, dah tak private lah. haha
Kalau nak tau ape beza reply dan RT dan bila nak gunakannya, pergi je sini 

Konklusinya: kalau korang privatekan tweet korang dan mention orang yang tak follow korang, orang yang korang mention tak dapat pun tweet korang. Contoh, korang privatekan tweet korang dan reply tweet @NajibRazak, hahaa, kemungkinan untuk @NajibRazak untuk membalasnya adalah kosong.

sumber 1 2

Hanya 8% Rakyat US Ada Twitter Serta Tips di Twitter

Sebuah survey terbaru oleh Pew Research Center menunjukkan bahawa hanya 8% orang Amerika mempunyai akaun Twitter, dan hanya setengah daripada mereka bahkan menggunakannya. Kurang sering melakukan para pengguna twitter Twitter bahkan menyemak lebih daripada sekali sehari, dengan jumlah 72% dari pengguna Twitter tweet tentang hal peribadi, dan 21% tidak melihat tweet orang lain.


Jadi twitter jadi macam tempat rahsia dimana maklumat tidaklah disebarkan secara meluas. Sepatutnye twitter boleh menjadi tempat untuk bekerjasama antara pelanggan dan syarikat perniagaan. Syarikat perniagaan juga dapat berkomunikasi lebih baik (dan percuma) dan perbincangan ini keduanya dicari dan followable oleh pelanggan mereka. Pelanggan pun boleh mengharapkan respon yang cepat dari wakil syarikat.

Bagaimana nak menjadi pengguna Twitter yang aktif? Banyak pengguna baru selalu tidak tahu apa yang perlu dibuat di twitter. Berikut adalah beberapa tips tentang cara menggunakan Twitter untuk manfaat yang maksimum:

1. Bersembang dengan orang lain - (gunakan mention untuk dapatkan perhatian orang lain.)
2. Share atau kongsikan laman web yang menarik - video di youtube, blogpost yang menarik, secara tidak langsung boleh menggalakkan perbincangan(jangan lupa guna "url shortener")
3. Follow orang lain - ambil tahu tentang orang lain, (sebab korang bukan selebriti, tapi kalau korang selebriti, dimaafkan :P )
4. Guna twitter untuk jumpa "kawan sebenar" - sudah menjadi budaya di US membuat tweet-up, perjumpaan orang orang di twitter. Gunakan DM untuk ajak kawan pergi keluar makan. Tapi berhati-hati, sebab sesiapa sahaja boleh printscreen dan sebarkan apa apa yang buruk pasal korang.

Korang ade akaun Twitter? Korang gunakan secara aktif tak? Atau berfikir Twitter adalah tempat yang tidak perlu di mana banyak orang yang berbicara tentang apa-apa kepada siapa pun?

kredit: lockergnome.com

o/ -> add la twitter saye hehee http://twitter.com/mirulabu