Bagaimana Menapis Emel Anda. (Yahoo Mail)

Kepada yang tidak maklum, Yahoo Mail boleh menapis emel anda dan masukkan dalam folder peribadi anda.(rujuk gambar dibawah, anak panah kiri) Untuk menapis di Gmail tekan sini. Kebiasaannya emel dari Facebook dan Twitter banyak tidak dibaca sebab notification dah dibaca di laman web asal sebelum bukak emel. Masalahnya emel dari Facebook, Twitter atau jaringan sosial lain menyemakkan inbox utama dan emel yang penting diragui akan terlepas pandang.  Jadi untuk hilangkan kekusutan di dalam otak, mari kita menapis emel tersebut. Tutorial ini akan mengajar bagaimana nak menapis emel dari Facebook. Akan datang, aku akan buat tutorial untuk Gmail pulak, okeh.

1. Buka emel anda (mail.yahoo.com)

2. Cari Options di sebelah kanan atas, tekan More Options


3. Tekan Fliters dan tekan Add Filters yang berada di atas page.


4. Namakan Filter anda ikut kegunaan.

tips -
sender—siapa yang menghantar emel (isikan facebook)
recipient—siapa yang menerima emel ini selain anda (biarkan kosong)
Subject—tajuk emel (biarkan kosong)
Body—isi dalam emel tersebut (biarkan kosong)

pastikan syarat di tetapkan pada contains.

5. Move to folder, pilih [New Folder] dan tekan Save Changes.

6. Namakan [New Folder] dengan nama yang sesuai.

*Di facebook boleh jer setting untuk tidak menerima emel, tapi bagi aku, aku nak simpan ape yang terjadi kat facebook untuk rujukan masa depan :D

* untuk masukkan emel facebook yang dah ada di inbox. gunakan search mail... di kiri atas dan search "facebook". Select all mail, pastu drag and drop di folder anda.

o/ -> haih, susa juga yer buat tutorial nih. hahaaa. Next, Gmail! Kalau ade yang tak paham, sile komen dibawah yer

Hanya 8% Rakyat US Ada Twitter Serta Tips di Twitter

Sebuah survey terbaru oleh Pew Research Center menunjukkan bahawa hanya 8% orang Amerika mempunyai akaun Twitter, dan hanya setengah daripada mereka bahkan menggunakannya. Kurang sering melakukan para pengguna twitter Twitter bahkan menyemak lebih daripada sekali sehari, dengan jumlah 72% dari pengguna Twitter tweet tentang hal peribadi, dan 21% tidak melihat tweet orang lain.


Jadi twitter jadi macam tempat rahsia dimana maklumat tidaklah disebarkan secara meluas. Sepatutnye twitter boleh menjadi tempat untuk bekerjasama antara pelanggan dan syarikat perniagaan. Syarikat perniagaan juga dapat berkomunikasi lebih baik (dan percuma) dan perbincangan ini keduanya dicari dan followable oleh pelanggan mereka. Pelanggan pun boleh mengharapkan respon yang cepat dari wakil syarikat.

Bagaimana nak menjadi pengguna Twitter yang aktif? Banyak pengguna baru selalu tidak tahu apa yang perlu dibuat di twitter. Berikut adalah beberapa tips tentang cara menggunakan Twitter untuk manfaat yang maksimum:

1. Bersembang dengan orang lain - (gunakan mention untuk dapatkan perhatian orang lain.)
2. Share atau kongsikan laman web yang menarik - video di youtube, blogpost yang menarik, secara tidak langsung boleh menggalakkan perbincangan(jangan lupa guna "url shortener")
3. Follow orang lain - ambil tahu tentang orang lain, (sebab korang bukan selebriti, tapi kalau korang selebriti, dimaafkan :P )
4. Guna twitter untuk jumpa "kawan sebenar" - sudah menjadi budaya di US membuat tweet-up, perjumpaan orang orang di twitter. Gunakan DM untuk ajak kawan pergi keluar makan. Tapi berhati-hati, sebab sesiapa sahaja boleh printscreen dan sebarkan apa apa yang buruk pasal korang.

Korang ade akaun Twitter? Korang gunakan secara aktif tak? Atau berfikir Twitter adalah tempat yang tidak perlu di mana banyak orang yang berbicara tentang apa-apa kepada siapa pun?

kredit: lockergnome.com

o/ -> add la twitter saye hehee http://twitter.com/mirulabu 

Cari Jodoh - Wali Band ( feat. Amirul Abu ) ~~ Versi Sumbang.

Kisah bermula bila aku ni tengah pening buat programming sipelaspelas(c++). Tetiba teringat aku pernah nyanyi lagu Cari Jodoh oleh Wali Band beberapa kali masa cuti time kenduri kahwin. Terpakse kot, asek kene cabar dengan bapak aku. wakaka. Aku pun terus lah download video karaoke lagu ni(Orbit Downloader). Dan tidak semena-mena aku telah merekodkan suara guna Audacity . Dah alang alang aku berbuat begitu, baik aku edit sikit dan jadikan video youtube pertama aku. Komen la, tapi jangan kutuk ok? Memang aku bukan budak selalu karok. Saje jer testing.



Kredit kepada video youtube asal yang aku download.

o/ -> Keje programming aku tak siap lagi weh. hadoi ai.

Download Logo UTP Hi Res

Student UTP selalu ade masalah tak dapat jumpa logo UTP yang high resolution. Lagi-lagi yang baru belajar atau 1st timer nak jadi PnP(production and publication) Dept. Okay, download di sini yer  Pakej disediakan, logo UTP yang dah siap "crop" dalam format .PNG(233*480pixels) dan .PSD. Juga 1 logo UTP biasa dalam format .JPG (233*480pixels).

Milk A Deal - Laman ala Groupon di Malaysia!

Milk A Deal adalah sebuah laman web yang mengagihkan kupon berkonsepkan seperti laman web Groupon yang femes di USA. Bagi yang suka bershopping, tentu best kalau dapat kupon diskaun. Dapat jimat duit. hehe.


Senang saja nak dapatkan kupon dengan Milk A Deal ni. Cuma daftar di laman web Milk A Deal (tekan gamba atas pon boleh). Yang lagi bestnye pula, boleh daftar guna akaun facebook! Cukup senang.

Tambahan pulak untuk yang nak cari duit, Milk A Deal bagi peluang kepada semua blogger-blogger, ataupun yang selalu online di Facebook ataupon Twitter, menjadi refferer. So, ape lagi tunggu.  :)