Showing posts with label to do. Show all posts
Showing posts with label to do. Show all posts

Hilang stress dengan segera!

Assignment berlambak!!!!!!

ok, sangat stress. Jadi sebelum mirul siapkan assignment yang banyak sangat hari ni. mirul nak share sikit apa yang patut dilakukan kalau korang stress. moga moga korang praktikkan bila perlu :D


sumber
1. Sembahyang

Itu yang penting sekali. Buat yang wajib dulu sebelum kerja yang lain. Selepas itu berdoa agar korang dapat hilangkan ketensionan korang.

2. Berjalan di luar

kalau korang rasa macam rimas sangat dalam bilik, atau rumah, itu petanda untuk korang keluar. Jangan terperuk lama sangat, sebab stress akan lebih melarat. Ambil angin di luar walaupun hanya di depan pintu pagar rumah. Alihkan pemikiran tentang kerja ke benda lain yang korang boleh lihat.

3. Tengok video yang kelakar

Stress selalunya hilang bila kita rasa lucu dan kelakar. Korang cuba tengok video dari NigaHiga ataupun video bayi ketawa untuk hilangkan stress dengan cepat. Takpun korang layan Lolcats.

4. Tarik nafas dalam dalam

Bila stress, nafas kita akan pendek dan kita akan rasa lebih tak sabar. Kita akan rasa lebih hilang pertimbangan. Tarik nafas dengan perlahan, dan dalam dalam. Dengan menarik nafas dalam dalam akan menyedarkan otak kita dan kita akan rasa lebih tenang.

ok, hilang sikit stress ni, baru boleh sambung buat kerja, heee

sumber

List to do: make my 1st android app

yeah. i should start is right away, but currently busy. ill keep in
mind when i have any free time :)

Posted via email from Ruler