some rules are dumb

pernah dengar kat uitm ni ade masa yang dilarang utk keluar masuk, kiranya mcm curfew la. pukul 12 tgh mlm - 6pagi. nampak macam bagus, tapi tak pun sebab ade student yg sanggup bermalam kat luar sebab tak boleh masuk kampus.

kalau yg ada kereta tu, park tepi kedai mamak 24jam pastu tidor. kalau takde kete, lepak je la kat mamak ke, cybercafe ke. mcm org homeless. rulesnya konon nak elakkan org keluar malam, tapi lagi memalukan universiti je sebab student tido bersepah.

ade je rules lain yg bodoh aku pernah encounter, seperti rules asrama yg tak bagi student outing ke bandar tanpa parents. bukan semua sekolah berasrama (ehem) ade rules ni, tapi yg ada, aku mmg takleh brain la. katakanlah student tu parents dia tinggal jauh, tak dpt bawa anak dia pergi outing, so nak suruh anak tu mereput kat asrama ke. nasib baik aku pindah after a few years kepada sekolah asrama yg cool gila, lepaskan student diorg merayau every weekend. tapi within time limit. at least nak beli barang keperluan pun lepas la.

nak dumb rules lagi? entah la tak terfikir pulak yg lain. kalau sesiapa ade buah fikiran roger2 la.

No comments: